Pengeluaran




Pengeluaran boleh didefinasikan sebagai mengeluarkan barangan atau perkhidmatan. Fungsi pengeluaran menunjukkan perhubungan diantara input dengan output dimana ianya bermaksud kuantiti maksimum sesuatu barangan itu dapat dikeluarkan pada suatu masa tertentu dengan menggunakan kombinasi input yang tertentu. 

Pengurusan pengeluaran pula merujuk kepada satu system yang mengandungi semua aktiviti-aktiviti yang pengting di dalam menghasilkan barangan dan perkhidmatan. Sistem pengeluaran ini dipanggil sebagai proses tranformasi iaitu proses yang menukarkan input menjadi output dengan mengamalkan maklumbalas dan perubahan daripada persekitaran. Proses ini memerlukan perancangan, pengarahan dan pengawalan yang cekap daripada pengurusan operasi supaya syarikat dapat memaksumumkan output. Untuk memastikan keadaan ini berlaku, syarikat perlu ada strategi-strategi operasi di dalam proses transformasi.


Terdapat 4 sistem pengeluaran :
1.    Input ( sumber )
Input atau sumber ialah bahan- bahan asas yang diperlukan bagi tujuan untuk mengeluarkan barangan dan perkhidmatan. Contoh input ialah sumber manusia, bahan mentah, pengurusan, peralatan, kewangan dan maklumat. Proses transformasi pula merujuk kepada segala aktiviti penukaran input kepada output yang melibatkan strategi-strategi operasi. Output merupakan hasil akhir yang didapati hasil daripada proses tersebut seperti barangan atau perkhidmatan, keuntungan atau kerugian, kepuasan hati dan pertambahan pekerja dan pengguna.

2.    Proses Tranformasi.
Proses tranformasi dianggap tidak statik kerana ia boleh dipengaruhi oleh persekitaran yang akan memberikan maklumbalas kepada syarikat. Oleh itu syarikat perlu peka kepada persekitaran supaya kawalan terhadap proses tranformasi boleh dilakukan. Terdapat 2 faktor persekitaran yang mempengaruhi proses tranformasi iaitu persekitaran dalaman dan persekitaran luaran. Persekitaran dalaman boleh didefinasikan sebagai faktor-faktor yang berada dalam syarikat seperti sikap pekerja, suasana di syarikat dan peranan pihak pengurusan iaitu faktor-faktor yang boleh disimpulkan sebagai amalan atau budaya syarikat. Manakala persekitaran luaran pula, merujuk kepada faktor-faktor di luar daripada syarikat seperti pembekal, kerajaan, pesaing, pemegang saham, pengguna, teknologi sosial dan ekonomi. Syarikat perlu mengambilkira maklumbalas-maklumbalas daripada kedua-dua persekitaran tersebut supaya kecekapan dan keberkesanan proses tranformasi dapat ditingkatkan.   

3.    Hasil (output )
Hasil merupakan barangan atau perkhidmatan yang telah siap untuk ditawarkan kepada pengguna. Hasil tersebut akan memberi kesan keuntungan atau kerugian kepada syarikat. Selain itu juga, samada ia memberi kepuasan kepada pelanggan, ia juga akan mempengaruhi pemambahan pekerja dan pengguna.

Syarikat membentuk dan melaksanakan strategi operasi untuk pengeluaran barangan atau penyediaan perkhidmatan. Secara amnya, setiap barangan adalah bersifat ketara iaitu hasil pada setiap peringkat pengeluaran barangan tersebut boleh dilihat samada ia barangan separuh siap atau barangan siap. Contohnya adalah pengeluaran kereta oleh Syarikat PROTON. Walaupun aktiviti pembuatan kereta tidak dapat dilihat secara jelas oleh pengguna, namun syarikat memerlukan prosedur tertentu bagi menunjukkan aktiviti penghasilannya dilaksanakan pada setiap peringkat sehinggalah terhasilnya sebuah kereta yang dapat dijual kepada pengguna.

Bagi syarikat yang memberikan perkhidmatan pula, aktiviti pengeluaran barangan secara fizikal tidak dilakukan secara jelas kerana ia tidak bersifat tidak ketara. Setiap perkhidmatan yang ditawarkan oleh adalah berbeza antara satu sama lain. Contohnya ialah perkhidmatan yang ditawarkan klinik pergigian berbeza dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat hiasan dalaman. Perkhidmatan mempunyai interaksi yang kerap dengan pengguna. Oleh itu ia agak sukar dipiawaikan. Setiap syarikat perlu mempunyai keunikkan perkhidmatannya kerana keunikkan inilah yang boleh menarik minat pengguna untuk perkhidmatan tersebut. Oleh itu, penggurus perlu memastikan perkhidmatan direkabtk dengan unik agar dapat menarik perhatian pengguna.

4.    Maklumbalas dari persekitaran.
   Setelah keluaran berada dipasaran ia akan memberikan maklumbalas dari persekitaran samada maklumbalas tersebut member kesan yang baik atau yang kurang memuaskan. Disini kelemahan tersebut akan diperbaiki dan ditambahbaik  pada keluaran produk atau perkhidmatan yang akan datang bagi memenuhi permintaan semasa.

Dapat disimpulkan bahawa matlamat keluaran samada di syarikat pembuatan atau perkhidmatan adalah sama iaitu menguruskan strategi – strategi keluaran ditranformasikan supaya pengeluaran barangan atau penyediaan perkhidmatan dapat dilakukan. Aktiviti pengeluaran akan berterusan dalam sesebuah syarikat dengan memerlikan kombinasi pengurusan operasi yang efektif.

0 comments:

Post a Comment