Penjenamaan




Tahukah anda, kenapa jenama itu sangat penting?

v  Dalam perniagaan sehingga sesetengah syarikat di negara maju sanggup melabur sampai jutaan ringgit untuk memperkembangkan jenama produk mereka?
v   Dalam memasarkan keluaran di beberapa buah negara, firma kadang kala perlu membuat keputusan samada hendak menggunakan jenama yang sama atau berlainan di lain-lain pasaran.
v  Kadangkala penggunaan jenama yang sama tidak memberikan kesan negatif kepada usaha pemasaran. Malahan dalam banyak kes, penggunaan jenama yang sama memberi banyak manfaat kepada firma terutama jika jenama asal mempunyai pengaruh yang besar ke atas imej produk. Faktor  inilah yang menyebabkan banyak syarikat antarabangsa seperti Toyota, Nestle, American Express, Coca cola dan lain-lain menggunakan jenama yang sama di seluruh dunia.


v  Kadangkala jenama sesuatu keluaran terpaksa diubah mengikut pasaran kerana jika tidak implikasi negatif mungkin timbul.Contoh:- Misalnya, jenama kereta Chevrolet Nova terpaksa ditukar kepada jenama yang lain di Amerika Selatan kerana perkataan ‘Nova’ dalam bahasa Sepanyol bermaksud ‘tidak bergerak’. Proton Wira pula dijual di United Kingdom dengan nama Proton Persona mungkin kerana perkataan ‘Wira’ tidak mempunyai apa-apa makna kepada pelanggan di United Kingdom berbanding dengan perkataan ‘Persona’.
v  Kadangkala firma terpaksa memikirkan jenama yang tidak mencerminkan Negara asalnya kerana tanggapan pengguna mungkin akan mnejadi negatif. Ini biasanya berlaku terutama sekali kepada firma dari negara-negara kurang membangun. Sebagai contoh, Bonia , sebuah syarikat pembuat barangan kulit dari Malaysia terpaksa menggunakan nama tersebut (yang berbunyi Itali) dan bukannya nama yang berbunyi Malaysia kerana bimbangkan pengguna tidak yakin dengan kualiti keluaran kulit dari Malaysia.
v  Jenama adalah penambah nilai pada sesuatu produk, syarikat, barangan mahupun pada diri sendiri. Dengan adanya jenama, maka sesuatu produk itu akan menjadi lebih berharga atau mahal. Tidak kiralah sebesar mana pun atau sekecil mana pun syarikat atau produk itu, jenama akan membuatkan ianya bernilai.
v  Jenama juga memainkan peranan yang penting untuk menentukan barangan tersebut laku dan dijual di pasaran. Jenama membolehkan  pengiklanan barangan dapat dilakukan dengan percuma tetapi perlulah dipastikan agar ianya berkualiti. Sebagai contoh, penjualan nasi ayam yang diberi nama produk ‘Nasi Ayam Kasturi’. Sekiranya makanan itu sedap maka pengiklanan dari mulut ke mulut akan berlaku. Orang sekeliling mempromosikan dengan menyatakan ‘sekiranya hendak makan nasi ayam yang sedap, pergilah cari Nasi Ayam Kasturi’. Pengiklanan sebeginilah yang dinamakan percuma dan tidak memerlukan sebarang kos.
v  Berbicara tentang jenama, rasanya tidak sah sekiranya syarikat yang satu ini tidak dibincangkan. Syarikat ini kini berdiri gah, jauh meninggalkan syarikat-syarikat gergasi dalam industri yang sama di rantau ini tanpa menggunakan formula luar biasa. Secret recipes syarikat ini ialah penjenamaan. Syarikat hebat ini dikenali sebagai Air Asia. Pada tahun 2001, syarikat Air Asia hanya bernilai RM1.00, dibebani hutang sebanyak RM40 juta, mempunyai hanya dua kapal terbang terpakai Boeing 737-300, terbang hanya ke satu destinasi, membawa 250,000 penumpang setahun dan mempunyai hanya 250 pekerja.
v  Namun selepas 9 tahun, Air Asia bernilai hampir RM 4 billion, mencatat keuntungan sebanyak RM549 juta, memiliki lebih 85 pesawat Airbus A320 dan A330, terbang terus melalui lebih 130 laluan perjalanan ke 70 destinasi seluruh dunia, menerbangkan lebih 20 juta orang penumpang setahun dan kini mempunyai lebih dari 8,000 orang pekerja di Malaysia, Thailand dan Indonesia.
v  Apa yang lebih menarik kini ia menjadi saingan syarikat penerbangan bertaraf antarabangsa utama lain yang telah lama beroperasi seperti Malaysia Airlines Sistem (MAS), Singapore Airlines (SIA) dan Cathay Pacific. Sehinggakan Air Asia membeli saham MAS yang berada di ambang muflis.
v  Tetapi apa rahsia kejayaan Air Asia sebenarnya? Di badan kapal terbang itu sendiri tertera laman web syarikat hebat ini. Air Asia banyak menaja acara sukan tempatan dan antarabangsa. CEO nya, Tony Fernandes sendiri sentiasa mengenakan topi merah iaitu warna rasmi syarikat ke mana sahaja beliau pergi. Mungkin kedengaran seperti biasa tetapi inilah strategi-strategi luar biasa mereka. Ini lah yang dinamakan penjenamaan.
v  Penjenamaan, secara kesimpulannya adalah satu sentimen dan perspektif yang diletakkan oleh masyarakat ke atas sesuatu perniagaan. Tiga unsur utama yang penting dalam satu-satu penjenamaan selepas pemilihan nama adalah dikenali, disukai dan dipercayai. Jika tiga unsur ini ada pada satu-satu jenama, maka jenama ini berada di landasan yang betul untuk berjaya.

0 comments:

Post a Comment