Penetapan Harga



FAKTOR PENETAPAN HARGA.
·   Harga perlu diletakkan pada tahap yang akan mendatangkan keuntungan optimum kepada firma.  Firma perlu memastikan harga yang diletakkan tidak bertentangan dengan peraturan atau undang-undang perniagaan sesebuah negara. Tidak boleh terlampau rendah sehingga boleh merugikan firma.Tidak boleh terlampau tinggi sehingga jejaskan pemasaran dan penjualan. Bagi sesetengah negara, terdapat beberapa barang yang di kawal menerusi ‘harga siling’ supaya harga barangan tersebut sentiasa berpatutan. Contohnya di Malaysia, harga susu dan beras mempunyai paras siling yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia.


·    Harga yang ditetapkan juga perlu mengambil kira kadar inflasi sesebuah negara. Sebagai contoh, pada tahun 1980an dahulu, sesetengah negara di Amerika Selatan mengalami keadaan Hiper inflasi yang menyebabkan harga perlu di ubah setiap beberapa minggu.
·       Selain kadar inflasi, kadar tukaran matawang asing juga juga menjadi faktor penetapan harga kerana setiap matawang di sesebuah negara sentiasa berubah.

 POLISI PENETAPAN HARGA
1.    Standard Price Policy
Dasar harga piawaian ini bertujuan untuk memastikan harga barang dan perkhidmatan adalah sama tidak kira di mana dan kepada siapa mereka menjualnya
2.    Two-Tiered Pricing
Sesebuah firma menggunakan suatu pendekatan pemasaran melalui dua peringkat iaitu firma akan menetapkan satu harga untuk jualan di dalam negara sendiri dan satu harga lagi untuk jualan kepada negara luar.
3.    Market Pricing
Polisi harga pasaran adalah harga yang paling kompleks dan sering digunakan berbanding Standard price  dan Two-Teired Pricing. Firma menggunakan harga pasaran untuk memaksimumkan keuntungan dalam setiap pasaran.  

3 comments: Leave Your Comments